Lulus PTD: Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri

DEWAN RAKYAT
•Dewan Rakyat membincangkan usul rang undang-undang yang dikemukakan oleh kementerian tertentu.
•Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum
setiap 5 tahun sekali.
• Jumlah ahli Dewan Rakyat – 222 orang seluruh negara.
•Setiap ahli Dewan Rakyat mewakili sebuah kawasan pilihan raya.
•Parti yang memperolehi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan
membentuk kerajaan Persekutuan.
•Seorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua kawasan
Dewan Rakyat atau menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
pada masa yang sama.
•Had umur minimum ahli Dewan Rakyat – 21 tahun.
•Tempoh perkhidmatan seorang ahli – 5 tahun.
•Untuk layak menjadi ahli Dewan Rakyat, mestilah warganegara
Malaysia, tidak muflis dan seorang yang sempurna akal.
•Tempoh ini tamat sebaik sahaja Parlimen dibubarkan oleh YDPA yang diikuti dengan satu pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli baru.
•Seseorang itu hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat jika :
o Diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal.
o Muflis yang belum dibebaskan.
o Memegang jawatan bergaji dan berfaedah iaitu jawatan
sepenuh masa dalam perkhidmatan awam.
o Tidak menghadiri persidangan selama 6 kali berturut-turut
tanpa keizinan Dewan Rakyat.
o Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam
tempoh yang ditetapkan setelah mengambil bahagian dalam
pilihanraya.
o Disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh mahkamah
dalam persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang daripada
satu tahun atau didenda tidak kurang daripada 2 ribu ringgit dan
tidak mendapat pengampunan.
o Mendapat kewarganegaraan asing secara sukarela dan
membuat pengakuan taat setia kepada negara asing itu
.

PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG
•Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang.
•Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan
Negara serta mendapat perkenan YDPA akan diwartakan menjadi
undang-undang.
•YDPA akan menurunkan Cop Mohor Besar menandakan rang
undang-undang diperkenankan.
• Jika rang undang-undang tidak diperkenankan oleh YDPA, ia akan
dibahaskan semula dalam Dewan Rakyat dan dikemukakan sekali lagi
buat kali kedua kepada YDPA.
• Jika rang undang-undang yang dikemukakan kepada YDPA untuk kali
kedua tidak diperkenankan, dalam masa 30 hari rang undang-undang
tersebut dianggap telah diperkenankan. (Perkara 66, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia)

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
•Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah badan perundangan di
peringkat Negeri.
•Badan Perundangan Negeri mengandungi :
o Raja / Sultan / Yang Dipertua Negeri
o Dewan Undangan Negeri

•Peranan Raja / Sultan / Yang Dipertua Negeri adalah :
o memanggil DUN untuk bermesyuarat, memberhentikan atau
membubarkan.
o memberi persetujuan kepada undang-undang negeri yang
diluluskan oleh DUN.

•DUN berjalan selama 5 tahun daripada tarikh mesyuarat yang pertama.
•DUN akan terbubar dengan sendiri selepas itu dan satu pilihan raya di
peringkat negeri akan diadakan dalam tempoh :
o 60 hari – Semenanjung Malaysia
o 90 hari – Sabah dan Sarawak

•DUN yang baru perlu dipanggil untuk bermesyuarat tidak lewat
daripada 120 hari daripada tarikh pembubaran DUN lama.

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)
•Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah sebilangan ahli yang
dipilih untuk mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN).
•Antara syarat kelayakan ADUN adalah :
o Umur 21 tahun ke atas
o Status bermastautin tetap di negeri tersebut

•Namun, seseorang ADUN boleh hilang kelayakan sebagai ADUN jika :
o Diisytihar sebagai seorang yang tidak sempurna akal
o Bangkrap dan belum dibebaskan
o Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya
o Disabitkan kesalahan di mahkamah persekutuan
o Sengaja memperoleh kewarganegaraan asing

Tags: lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd