Lulus PTD: Kabinet Malaysia

KABINET
•Kabinet adalah satu badan yang tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan.
•Pembentukan kabinet dibentuk oleh parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Rakyat.
•Kabinet adalah sebuah badan eksekutif dan bukan sebuah badan pentadbiran.
• Jentera yang melaksanakan dasar dan arahan Kabinet adalah Jentera Pentadbiran Kerajaan.
•Kabinet / Jemaah Menteri diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri lain yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing sebagai ahlinya.
•Ketua Jemaah Menteri adalah Perdana Menteri.
•Menteri-menteri dalam kabinet dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan nasihat daripada Perdana Menteri.
•Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan. Beliau bertanggungjawab dalam memaklumkan kepada YDPA dari semasa ke semasa tentang hal ehwal pentadbiran negara.
•Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan dalam semua perkara yang berkaitan dengan dasar negara.
•Kabinet sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi membincangkan dan memutuskan sesuatu dasar atau pekara penting dalam mesyuarat kabinet.
• Terkini sehingga Ogos 2020, ahli Jemaah Menteri adalah 32.

KEMENTERIAN
•Kementerian adalah sebuah badan yang melaksanakan tugas-tugas menteri.
• Ia merupakan agensi yang tertinggi kedudukannya dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
•Terdapat 27 buah kementerian (termasuk Jabatan Perdana Menteri) yang diketuai oleh seorang Menteri, dibantu oleh Timbalan Menteri .
•Ketua Setiausaha (KSU) adalah ketua pentadbir utama di kementerian.
•Ketua Setiausaha Negara (KSN) pula adalah ketua pentadbir utama di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Antara 27 senarai kementerian adalah :

  1. Jabatan Perdana Menteri
  2. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  3. Kementerian Pertahanan
  4. Kementerian Kewangan
  5. Kementerian Kerja Raya
  6. Kementerian Pendidikan
  7. Kementerian Pengangkutan
  8. Kementerian Alam Sekitar dan Air
  9. Kementerian Sumber Manusia
  10. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  11. Kementerian Pengajian Tinggi
  12. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
  13. Kementerian Dalam Negeri
  14. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  15. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  16. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  17. Kementerian Wilayah Persekutuan
  18. Kementerian Belia dan Sukan
  19. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
  20. Kementerian Luar Negeri
  21. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  22. Kementerian Perpaduan Negara
  23. Kementerian Kesihatan
  24. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
    Hal Ehwal Pengguna
  25. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  26. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
  27. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    •Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh mengetuai sebuah atau beberapa buah kementerian.
    • Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dari kalangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    •Tugas Setiausaha Parlimen adalah membantu Menteri untuk menjawab pertanyaan lisan dalam sidang Parlimen, menerangkan dasar-dasar kementerian dan mengusulkan undang-undang atas nama Menteri.
    •Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah pegawai perkhidmatan awam yang tertinggi. Beliau merupakan ketua kepada semua kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia.
    •Beliau juga sebagai penasihat dan pentadbir utama kepada Perdana Menteri.
    •Setiap kementerian diketuai oleh seorang Ketua Setiausaha.
    • Ketua Setiausaha menjadi penasihat utama kepada menteri dan bertanggungjawab kepada menteri dalam melaksanakan program pada peringkat kementerian.
    •Beliau dibantu oleh para pegawai dan kakitangan awam pentadbiran.

KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)
• Institusi Ketua Setiausaha Negara merupakan antara badan terpenting dalam pentadbiran kerajaan persekutuan.
• Diwujudkan pada tahun 1911 ketika pentadbiran British di bawah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
• Sejarah penubuhan bermula dengan berkuatkuasa satu enakmen pada 1 Februari 1911- The Chief Secretary (incorporation) Enactment no.1 of 1911 bagi mewujudkan jawatan Chief Secretary to the Government of Federated Malay States (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) untuk menggantikan jawatan resident-general.
• Resident-General pertama – Sir Arthur Henderson Young.
• Institusi ini diberi kuasa yang besar dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada awal penubuhannya iaitu semua urusan pentadbiran negeri diletakkan dibawahnya menimbulkan kegusaran Raja-Raja Melayu kerana mereka mula kehilangan kuasa mentadbir dan mengurus negeri masing-masing.
•1920-an – beberapa siri perbincangan dijalankan pada untuk mewujudkan dasar pengagihan kuasa.
•Perbincangan berakhir dengan mewujudkan jawatan Federal Secretary.
•Peranan jawatan ini lebih fokus kepada koordinasi jentera pentadbiran dengan cekap dan berkesan.
•Perlaksanaan pengagihan kuasa ini menjadi permulaan kepada amalan dasar pengagihan kuasa Persekutuan ke Negeri secara beransur-ansur.
•Semua lantikan jawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada zaman kolonial dimonopoli oleh pegawai-pegawai tertinggi British tanpa peluang kepada anak tempatan.
•13 orang pegawai tertinggi British dalam pentadbiran dilantik jawatan Ketua Setiausaha Negara sebelum kemerdekaan.
•Selepas kemerdekaan tahun 1957, Tun Abdul Aziz bin Abdul Majid, anak tempatan pertama memegang jawatan tertinggi perkhidmatan awam ini.
• Ketua Setiausaha Negara merupakan jawatan yang tertinggi dalam perkhidmatan awam.
• Pelantikan Ketua Setiausaha Negara dibuat di bawah Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan, di mana ianya perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas perakuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan nasihat Perdana Menteri Malaysia.
• Tiga peranan utama Ketua Setiausaha Negara :
o Setiausaha kepada Jemaah Menteri (Kabinet)
o Ketua Perkhidmatan Awam Malaysia
o Ketua Setiausaha kepada Jabatan Perdana Menteri
• Selain tugas-tugas utama, Kerajaan boleh melantik Ketua Setiausaha Negara memimpin beberapa organisasi awam.
• Untuk kelancaran tugas, Pejabat Ketua Setiausaha Negara diwujudkan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab :
o Memberi perkhidmatan sokongan dalam menjalankan tugas Setiausaha Kabinet dan Ketua Setiausaha kepada Jabatan Perdana Menteri
o Memastikan semua ulasan, aduan dan maklumbalas yang diterima dari pelanggan diberi perhatian wajar.
o Mengeluarkan kenyataan dan pegumuman tentang pembaharuan dan perubahan berkaitan perkhidmatan awam.
• Ketua Setiausaha Negara berperanan sebagai ‘tembok sempadan’ di antara Kerajaan (penggubal dasar) dengan pegawai pentadbir (melaksanakan dasar Negara).
• Terkini Ketua Setiausaha Negara ke-15 ialah YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali

Tags: lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd