Lulus PTD: Parlimen Malaysia

BADAN PERUNDANGAN
•Badan perundangan Malaysia adalah Parlimen.
•Parlimen mempunyai 3 komponen utama iaitu YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
• Sistem perundangan tradisional terdiri daripada Undang-undang Adat Melayu (Semenanjung Malaysia) dan Undang-undang Adat Bumiputera (Sabah & Sarawak).
•Dua sistem adat dibawah Undang-undang Adat Melayu adalah Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
•Parlimen adalah badan perundangan kerajaan persekutuan yang membuat undang-undang yang dikuatkuasakan di seluruh negara.
•Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berfungsi sebagai memberi perkenan kepada rang undang-undang yang telah diluluskan, memanggil, memberhentikan dan membubarkan persidangan Parlimen.
•YDPA juga memberi titah ucapan dan merasmikan Majlis Parlimen

Fungsi Parlimen Malaysia

•Membuat dan meluluskan undang-undang Persekutuan
•Meluluskan hasil cukai baru atau mansuhkan
•Forum perbincangan kepentingan rakyat
•Membuat pindaan undang-undang Persekutuan
•Memeriksa dasar-dasar kerajaan
•Meluluskan perbelanjaan kerajaan

KEISTIMEWAAN PARLIMEN

•Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa keistimewaan yang dapat dinikmati oleh ahli Majlis Parlimen bagi menjamin kebebasan bersuara dan berbahas.
•Antara keistimewaan ahli Majlis Parlimen adalah :
o Kesahihan perjalanan dalam Majlis Parlimen atau jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mahkamah.
o Seseorang ahli tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa jua yang dikatakan atau undian yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Majlis Parlimen
atau jawatankuasanya.
o Seorang ahli Majlis Parlimen tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa yang disiarkan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis Parlimen

Dewan Negara dibawah Kerajaan Persekutuan.
•Dewan Negara adalah dewan yang tertinggi dalam badan
perundangan Malaysia.
• Ia ditubuhkan untuk membahaskan rang undang-undang dengan
lebih teliti berbanding Dewan Rakyat.
•Dewan Negara mempunyai tidak lebih daripada 70 orang ahli dengan
pada satu-satu masa dengan kadar berikut :
o Ahli yang dipilih oleh DUN dan bilangannya ialah 2 orang bagi setiap negeri.
o 2 orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk mewaklii Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 orang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan 1 orang mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya.
o Ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong – 40 orang

•Seorang ahli Dewan Negara tidak boleh mewakili dua buah negeri pada masa yang sama dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara melalui proses pelantikan dan mewakili negeri secara serentak.
•Keahlian yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah daripada mereka yang memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, pekerjaan, perniagaan, perusahaan, kebajikan dan seni.
•Senator adalah panggilan bagi seorang ahli Dewan Negara.
•Tempoh jawatan bagi setiap ahli adalah 3 tahun dan boleh disambung satu penggal lagi (1 penggal = 3 tahun) iaitu sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan di peringkat negeri.
• Jawatan tersebut tidak terhenti jika berlaku pembubaran Parlimen.
•Ahli yang dipilih atau dilantik bagi menggantikan ahli yang meletak jawatan, meninggal dunia atau bercuti, tempoh jawatan adalah selama tempoh baki sahaja.

Had minimum umur seorang ahli Dewan Negara – 30 tahun.
• Untuk layak menjadi ahli Dewan Negara, mestilah warganegara Malaysia, tidak muflis dan seorang yang sempurna akal.
•Ahli boleh meletak jawatan dengan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Negara.
• Jika berlaku kekosongan jawatan, kekosongan hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh berlaku kekosongan tersebut.
•Dewan Negara tidak boleh menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
•Tetapi berkuasa menangguhkan rang undang-undang yang diluluskan itu dipersembahkan untuk mendapat perkenan YDPA.
•Tempoh masa yang boleh ditangguhkan oleh Dewan Negara :
o 1 bulan – Rang Undang-undang Kewangan
o 1 tahun – Rang undang-undang lain

Tags: lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd