LulusPTD: JABATAN & BADAN-BADAN BERKANUN

JABATAN & BADAN-BADAN BERKANUN

• Jabatan-jabatan kerajaan diketuai oleh ketua jabatan (Ketua Pengarah).
•Badan-badan Berkanun diketuai oleh seorang Pengerusi.
•Badan-badan Berkanun adalah agensi separuh kerajaan yang berperanan bagi melicinkan pentadbiran dan pelaksanaan program pembangunan negara.
•Antara sebahagian daripada Badan-badan Berkanun adalah :

  1. Bank Negara Malaysia (BNM)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  3. Lembaga Minya Sawit Malaysia (MPOB)
  4. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  5. Lembaga Getah Malaysia
  6. Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  7. Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA)
  8. Lembaga Tabung Haji (LUTH)
  9. Lembaga Koko Malaysia (MCB)
  10. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  11. Universiti Malaya & Lain-lain IPTA di Malaysia
  12. Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
  13. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  14. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  15. Perbadanan Produktiviti Negara (MPC)
    • Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikenali sebagai Pentadbiran Am
    • JPM disusun semula menjadi beberapa bahagian iaitu :
  16. Bahagian Sumber Manusia (BSM)
  17. Bahagian Pembangunan (B.Pemb)
  18. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
  19. Bahagian Kewangan (B.Kew)
  20. Bahagian Akaun (BA)
  21. Bahagian Audit Dalam
  22. Unit Komunikasi Korporat (UKK)
  23. Pejabat Penasihat Undang-Undang
  24. Unit Integriti
  25. Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)
  26. Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
  27. Bahagian Perolehan
    • Semua bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan TKSU (P) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan TKSU (K&P).
    • Visi JPM – Menjadi penanda aras sistem penyampaian perkhidmatan sokongan dan tadbir urus terbaik sektor awam.
    • Misi JPM – Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.
    •Objektif Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah untuk memastikan :
    o Pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut perundangan dan garis panduan semasa.
    •Ketua pentadbir utama di JPM adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN).
    • JPM mempunyai peranan dan fungsinya sendiri. Antara sebahagian peranannya adalah :
    • Memberi perkhidmatan sokongan termasuk pentadbiran, kewangan, pengurusan sumber manusia, keselamatan, sosial dan lain-lain kepada warga jabatan Perdana Menteri dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan.
    • Menguruskan keperluan kuarters, ruang pejabat dan tempat beristirehat supaya kondusif dan selesa untuk Anggota Perkhidmatan Awam.
    • Menguruskan semua harta yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan.
    • Peningkatan kualiti Perkhidmatan Awam Malaysia supaya lebih cekap, berkesan, responsif dan berintegriti serta membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.
    • Memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berkesan kepada Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri serta mengesan dan memantau pelaksanaan keputusan-keputusan Kerajaan.
    • Sebagai pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan dan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel, menggubal, mengeluar dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.
    • Pengurusan Istiadat dan Protokol Negara, Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan, Lawatan Pembesar-Pembesar Negara, Persidangan Antarabangsa dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terbaik berteraskan kecemerlangan kerja yang berkualiti.
    • Menentukan penyelarasan dasar, strategi dan program Pembangunan Ekonomi Negara bagi jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dirangka dengan terancang, cekap dan sempurna bagi memperkukuhkan daya saing negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mempromosikan kerjasama sektor awam dan swasta, mempergiatkan k-ekonomi, dan meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara.
    • Menjadi agensi pusat utama bagi memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek pembangunan serta menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan cekap dan berkesan supaya pelaksanaannya selaras dengan matlamat pembangunan negara.
    • Memastikan penggubalan dan penyelarasan serta pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan keselamatan negara serta arahan langkah-langkah keselamatan dikendalikan secara terancang, komprehensif dan bersepadu • Menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan.
    • Meningkatkan mutu penyelarasan penguatkuasaan undang-undang Maritim dan penglibatan unsur-unsur Maritim Negara dalam sebarang tugas maritim bagi menentukan kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia
    dipelihara dan kepentingan Maritim dari dicerobohi.
    • Merancang, merangka, menggubal dan memantau dasar-dasar penguatkuasaan maritim serta membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjadi sebuah agensi yang cekap dengan menyediakan
    peralatan dan infrastruktur melalui pembangunan dan perolehan.
    • Peningkatan dan keseragaman prosedur dan amalan dalam urusan yang berkaitan dengan wakaf, zakat dan amal di seluruh negara; dan meningkatkan pemantauan dan penyelarasan dasar dan peraturan mengenai urusan haji.
    • Mewujudkan undang-undang Islam berhubung pentadbiran Mahkamah Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri.
    • Menyedia dan melaksanakan pentadbiran undang-undang berlandaskan undang-undang Islam secara adil dan berkesan melalui akta-akta yang telah diluluskan.
    • Mewujudkan fatwa-fatwa yang tetap dan kemas berasaskan kepada Al-Quran, As-Sunah, Ijmak dan Qias serta sumber-sumber lain yang muktabar serta mewujudkan tenaga pengajar agama Islam yang berwibawa dan beramal dengan Ahli Sunah Wal-Jemaah.
    • Memastikan bantuan perundangan, khidmat nasihat dan khidmat perantaraan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
    • Memastikan urusan pentadbiran Jabatan dan pembangunan mahkamah dirancang, diselaras dan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta membantu di dalam penambahbaikan keadilan sistem pentadbiran dan perundangan negara.
    • Memastikan semua kes-kes yang didaftar di Mahkamah dapat diselesaikan dengan segera, adil dan berlandaskan prinsip undang-undang negara serta dihormati dan diyakini oleh semua pihak.
    • Memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan Insolvensi dilaksanakan selaras dengan kehendak undang-undang dan keperluan pelanggan dengan cekap, cepat dan berkesan.
    • Memastikan Jabatan mempunyai sumber manusia, kewangan, peralatan dan prasarana yang mencukupi dan sesuai untuk membolehkannya
    menjalankan peranan dan tugas-tugas secara berkesan.
    • Membantu orang ramai yang menghadapi masalah dengan jentera pentadbiran awam untuk merawat pulih aduan yang berasas dan memanfaatkannya sebagai input untuk agensi kerajaan mempertingkatkan akauntabiliti, kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam.
    • Meningkatkan pengetahuan, kepakaran, kualiti dan prestasi pegawaipegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.
    • Bertindak sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahcara projek-projek Persekutuan dan perkara-perkara yang menjadi perhatian terus YAB Perdana Menteri.
    • Memastikan penyediaan, penafsiran dan penyebaran perangkaan yang berkualiti, terkini, lebih cekap dan berkesan bagi tujuan pembentukan pelaksanaan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
    • Melindung dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia • Memajukan masyarakat luar bandar khususnya kumpulan sasar PERDA, FELDA dalam semua bidang sosio-ekonomi melalui usaha-usaha
    pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup.
    Perdana Menteri Malaysia : YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
    • Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri terdiri daripada :
    • YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
    (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak)
    • YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md. Yusof
    (Tugas-Tugas Khas)
    • YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed
    (Ekonomi)
    • YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
    (Parlimen Dan Undang-Undang)
    • YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
    (Hal Ehwal Agama)
    • Timbalan Menteri terdiri daripada :
    • YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
    (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak)
    • YB Datin Mastura Binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
    (Tugas-Tugas Khas)
    • YB Tuan Arthur Joseph Kurup
    (Ekonomi)
    • YB Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya
    (Parlimen Dan Undang-Undang)
    • YB Tuan Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary
    (Hal Ehwal Agama)

Tags:
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd
lulus ptd, panduan ptd, rujukan ptd, teknik ptd, soalan ptd, tips ptd, contoh ptd, pakar ptd, exam ptd, peperiksaan ptd, ujian ptd